BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ; memelihara satu cara hidup demokratik ; mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

•  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

•  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

•  KELUHURAN PERLEMBAGAAN

•  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

•  KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 

 

 

Untuk paparan yang baik, sila gunakan resolusi skrin 800 x 600 piksel dan menggunakan Perisian Internet Explorer Versi ke-6 dan ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)