Institut Teknologi Seni Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Akademi Seni Melaka dan telah diperbadankan pada 4 Mac 1994. Akademi Seni juga telah didaftarkan di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Pada awal penubuhan aktiviti yang dijalankan ialah mengurustadbir Kumpulan Kebudayaan Briged Seni dan menjalankan kursus kemahiran seni jangka pendek.

Bermula Julai 1996 Akademi Seni Melaka telah menjalankan program Diploma dalam bidang seni. Akademi Seni kemudiannya ditukar nama kepada Institut Teknologi Seni Malaysia pada 10 Oktober 1997 dengan hasrat mengembangkan program pendidikan Diploma kepada teknologi seni.

Bagi merealisasikan wawasan YAB Ketua Menteri Melaka dalam melihat pembangunan yang seimbang, Kerajaan Negeri Melaka telah menggerakkan Institut Seni Malaysia Melaka pada Februari 2001 dengan harapan dapat melahirkan warga Seni Melaka yang mempunyai jati diri dalam pelbagai bidang yang diamalkan penuh dengan disiplin dan bersopan.


Visi | Misi | Objektif

Untuk paparan yang baik, sila gunakan resolusi skrin 800 x 600 piksel dan menggunakan Perisian Internet Explorer Versi ke-6 dan ke atas.
Hak Cipta Terpelihara : Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)